Jumaat, 25 November 2011
Cara membuat kad cantum ...
Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia....... Apa Khabar rakan-rakan sekalian ??? Di harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya..... Bagi entri pada kali ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan cara untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang boleh digunakan di dalam kelas. Ia bukan sahaja cantik, malah kita boleh menghasilkan sendiri bahan tersebut dan kosnya lebih murah berbanding yang di beli di kedai atau pun di pasaraya.... Di harap dengan perkongsian idea ini dapat memberikan info yang berguna pada rakan-rakan semua..... Selamat mencuba.......
Cara buat kad cantum guna power point
Kredit dan ucapan terima kasih atas perkongsian ilmu daripada kak Nora Liza dari
prasekolah SK Sultan Abdul Aziz.
Langkah pertama bina kotak dan bentuk bulat seperti di atas.
Langkah kedua besarkan bentuk bulat A.
Langkah ketiga bawa bentuk bulat B ke bentuk bulat A bagi memastikan A lebih besar daripada B.
Langkah keempat hilangkan warna kotak dan bentuk bulat tu..
Langkah kelima bina kotak lain diatas bulatan A dan pada kotak di sebelah seperti gambarajah di atas.
Hilangkan warna kotak yg dibina tadi dan akan jadi bentuk begini.
Dah siap macam inilah jadinya.
Isnin, 21 November 2011
Kad Imbasan Suku Kata KV - a
Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.....
Bagi entri kali ini, saya ingin berkongsi kad-kad imbasan suku kata KV dengan rakan-rakan sekalian... Harap ianya dapat membantu rakan-rakan guru yang sedang mencari bahan-bahan untuk digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas....
Sekiranya rakan-rakan berminat untuk muat turun kad imbasan ini silalah klik di ruangan jom muat turun bahan di bawah entri cerita-cerita pengajaran....Mudah-mudahan kad-kad imbasan ini boleh di guna pakai di dalam kelas untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak murid kita.......
Sabtu, 19 November 2011
Keputusan Saringan Literasi Dan Numerasi 2011
Terima kasih kepada Guru Besar SK. Jerek, Penolong Kanan Kurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ketua Panitia Bahasa Melayu, Ketua Panitia Matematik, Guru Literasi & Numerasi tahun 1 dan 2, Guru Bahasa Melayu dan Matematik tahun 1 dan 2, Guru Pemulihan Khas dan tidak lupa juga kepada Guru Pra Sekolah yang banyak membantu dan memberikan kerjasama. Alhamdulillah, segala usaha kita selama ini berbaloi dengan peningkatan murid linus tegar dan linus yang beralih ke peringkat murid perdana. Moga Allah melimpahkan segala rahmat dan keberkataan kepada kalian yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung...... Syabas dan tahniah...... Segala jasa dan pengorbanan kalian amat bermakna.......
Keputusan Saringan 4, 5 dan 6 bagi murid tahun 2/ 2011
saringan 4
saringan 5
saringan 6
Keputusan Saringan 1 , 2 dan 3 bagi murid tahun 1/ 2011
saringan 1
saringan 2
saringan 3
Terima kasih .......
" Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi yang baik di kenang jua... "
Manual Cara Pengisian Portal NKRA Linus
Untuk entri kali ini saya ingin kongsi cara-cara untuk masukkan maklumat ke dalam portal NKRA LINUS.... Saya rasa cikgu-cikgu yang mengajar Linus Literasi dan Numerasi tahun 1 dan 2 tiada masalah untuk isi maklumat ke dalam portal ini.... Sekadar ingin berkongsi ilmu.......
Maaf kerana tulisannya terlalu kecil.... Bagi rakan-rakan yang berminat untuk muat turun bahan ini sila klik file manual linus versi 2011 di ruangan jom muat turun bahan pada bahagian bawah entri cerita penuh pengajaran..... Terima kasih.....
Maaf kerana tulisannya terlalu kecil.... Bagi rakan-rakan yang berminat untuk muat turun bahan ini sila klik file manual linus versi 2011 di ruangan jom muat turun bahan pada bahagian bawah entri cerita penuh pengajaran..... Terima kasih.....
Langgan:
Catatan (Atom)