CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Literasi dan Numerasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Literasi dan Numerasi. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Oktober 2011

PERANAN FASILINUS & PANDUAN PROGRAM LINUS

Peranan FasiLINUS


1.   Memastikan segala maklumat berkaitan program  LINUS  sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah
•        Taklimat
•        Edaran maklumat
•        E-mail
•        Sistem pesanan ringkas berpusat (SMS)
2.   Menjalankan dan menyelaraskan latihan on-site bagi guru  LINUS
•        Micro Teaching dalam kalangan guru-guru  LINUS
   (Dilaksanakan di peringkat sekolah / dikelompokkan mengikut zon)
•        Bengkel modul LINUS  dilaksanakan secara bersiri
    (Meningkatkan penguasaan guru  LINUS  terhadap sesuatu modul)
•        Membina bahan bantu mengajar untuk guna sama
    (Meningkatkan inovasi dan kreativiti serta kepelbagaian BBM)
3.   Membantu pihak sekolah secara langsung dalam merangka tindakan susulan berdasarkan masalah yang  dikenal pasti  dalam proses pengajaran dan pembelajaran
•        Perbincangan bersama guru  LINUS
•        Menentukan pendekatan atau penggunaan modul yang  bersesuaian  
        untuk murid yang telah dikenal pasti
4.  Memberi kerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri  dan Pejabat Pelajaran Daerah.
5.  Membimbing dan memantau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran LINUS  di sekolah
•        FasiLINUS akan bersama-sama dengan guru semasa proses
              pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.


6.  Memantau Pelaksanaan LINUS
•        Sistem Fail
•        Data Murid LINUS
•        Bahan Bantu  Mengajar
•        Pengajaran dan Pembelajaran
7.   Memberi  Motivasi  dan Sokongan. Mengumpul  dan Menganalisis Data
•        Keputusan Saringan 1, 2 dan 3
•        Data guru LINUS
9.Bekerjasama dengan guru  pemulihan khas untuk membantu murid yang  dikategorikan sebagai murid LINUS  Tegar.
10. Mengesan sejauh mana sekolah dapat mengurus pelaksanaan program 
      LINUS.
11. Membantu pihak sekolah menyediakan pelan tindakan program  LINUS.
12. Menilai keberkesanan program  LINUS  terhadap pembelajaran murid.
13. Seorang FasiLINUS bertanggungjawab terhadap 30 buah sekolah di
      daerahnya.
14. Menetapkan sasaran pengurangan bilangan murid LINUS selepas setiap saringan di sesebuah sekolah.

  Peranan Guru LINUS

1.    Mengikuti kursus LINUS.
2.    Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru.
3.    Melaksanakan Saringan 1, 2 dan 3 bagi Lisan dan Tulisan.
4.    Mengumpul data  dan mengenal pasti murid LINUS.
5.    Mentadbir kelas dengan baik.
6.    Sentiasa mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS.
7.    Menfailkan data.
8.    Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang 
       berkesan.
      
       Peranan Guru Matematik

1.    Mengikuti kursus dalaman LINUS
       Dikendalikan oleh guru  LINUS (Penyelaras LINUS Sekolah)
2.    Membantu melaksanakan dan menyelaraskan Saringan 1  dan 4 pada
       bulan Mac.
3.    Mengenal pasti murid-murid LINUS yang tercicir dalam arus perdana.
4.    Membantu guru LINUS secara langsung dan tidak langsung dalam
       penyediaan bahan bantu mengajar untuk  murid LINUS.
5.    Membantu guru LINUS untuk mengenalpasti murid LINUS tegar.
6.    Merancang jadual waktu untuk murid LINUS tegar.
7.    Mengajar murid LINUS Tegar (dengan kejasama Guru Pemulihan).
8.    Menjalankan Ujian Diagnostik untuk murid LINUS Tegar.

Peranan Pentadbir Sekolah

1.    Mengenal pasti dan melantik guru LINUS
2.    Membentuk Jawatankuasa Kerja di sekolah
3.    Melantik AJK Kerja LINUS (Surat Lantikan)
4.    Menyediakan fail
a)    Fail Induk
-       Carta Organisasi
-       Ahli Jawatankuasa
-       Minit Curai
-       Laporan
-       Minit Mesyuarat
-       Carta Proses Kerja
b)    Fail Keputusan Saringan
-       Analisa Keputusan Saringan
-       Borang Skor Individu murid LINUS
c)    Fail Maklumat Peribadi murid LINUS
5.    Membuat perancangan tahunan
6.    Menghantar analisis keputusan saringan pada akhir bulan Mac, Jun dan
       September kepada PPD
7.    Memantau pelaksanaan program LINUS di sekolah sendiri dan
       menjalankan tindakan susulan
8.    Memberi motivasi kepada guru LINUS
9.    Bekerjasama dengan erat antara pentadbir dan  ibubapa / PIBG

Peringkat sekolah

Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Ketua Panitia

Menjalankan pemantauan pelaksanaan LINUS, pentadbiran kelas, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Pihak lain yang bertanggungjawab tentang Program LINUS

1.     Jabatan Pelajaran Negeri
2.     Kementerian Pelajaran Malaysia
3.     Jemaah Nazir

Khamis, 29 September 2011

LINUS : AGENDA PENDIDIKAN NEGARA



LINUS

Literacy and Numeracy Screening Programme ( LINUS ) atau Program Literasi dan Numerasi adalah kesinambungan Program KIA2M yang dilaksanakan sebelum ini. Ia adalah penambahbaikan kepada program KIA2M ~~ yang menekankan penguasaan 2M ~~  kepada program LINUS  ( yang menekankan penguasaan 4M - membaca, menulis, mengira dan menaakul ).
Apa perkaitan LINUS kepada warga pendidik dan juga prasekolah?

Warga pendidik wajib mengetahuinya kerana ia adalah agenda pendidikan negara di bawah NKRA. Program Prasekolah tahun 2009, 2010 dan 2011 sebahagiannya adalah penyumbang kepada murid LINUS di semua sekolah rendah di Malaysia.

Pelaksanaan LINUS

Murid Tahun 1 dan Tahun 2 akan diuji dengan dengan 3 saringan berdasarkan 12 konstruk ( kayu pengukur ) bagi menentukan penguasaan murid.

1.  Saringan 1 (Tahun 1) dan Saringan 4 (Tahun 2) - bulan Mac 2011

2.  Saringan 2  (Tahun 1) dan Saringan 5 (Tahun 2) - bulan Jun 2011
     *    Murid yang tidak melepasi Saringan 1 dan 4

3.  Saringan 3 (Tahun 1) dan 6  (Tahun 2) - bulan Sept 2011
     *   Murid yang tidak melepasi Saringan 2 dan 5
     ** Status Murid LINUS ( konstruk 1 dan 2 wajib lulus )

Literasi

: menguasai 8 - 12 konstruk ( murid ke aliran perdana )
: menguasai 3 - 7 konstruk ( murid ke kelas LINUS )
: menguasai 1 - 2 konstruk ( murid ke kelas Pemulihan Khas )

Numerasi

: menguasai 10 - 12 konstruk ( murid ke aliran perdana )
: menguasai 3 - 9 konstruk ( murid ke kelas LINUS )
: menguasai 1 -2 konstruk ( murid ke Kelas Pemulihan Khas )

 
Siapa Guru Yang Terbabit Dengan Program LINUS

Pada tahun 2011, setiap sekolah mempunyai 2 orang guru LINUS Tahun Satu dan 2 orang guru LINUS Tahun 2 (BM dan Matematik) yang dicalonkan oleh sekolah dan dilatih oleh BPG. Selain itu, Guru Pemulihan turut berperanan penting dalam menjayakan misi LINUS di setiap sekolah.

Guru LINUS :

1. Guru yang dipilih terdiri daripada Guru tahun 1 (Bahasa Malaysia /  Matematik).
2. Murid LINUS diajar dalam kelompok yang kecil / besar.
3. Pengajaran LINUS dilakukan dalam kelas pembelajaran.
4. Memastikan murid dapat menguasai kemahiran asas literasi dan
    numerasi agar mereka boleh mengikuti kelas aliran 'Perdana'.
5. Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan murid sekiranya mereka  
    masih tidak dapat menguasai kemahiran.

Guru Pemulihan LINUS :
 
1. Guru yang dipilih terdiri daripada Guru Pemulihan sedia ada / baru.
2. Murid LINUS Tegar dalam kelompok yang kecil (1 - 5 orang)
3. Boleh dilakukan dalam Kelas Pemulihan / yang sesuai.
4. Memastikan murid LINUS Tegar dapat menguasai kemahiran asas
    literasi dan numerasi (konstruk 1 dan konstruk 2) agar mereka
    dapat mengikuti kelas di aliran LINUS dan 'Perdana'.
5. Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan murid sekiranya mereka
    masih tidak dapat menguasai kemahiran.


Ahad, 7 Ogos 2011

Program LINUS ( Literasi dan Numerasi ) Sekolah






PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS) TAHUN 1

PENDAHULUAN
National Key Result Areas (NKRA’s) KPM menyasarkan :
Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi (kecuali yang berkeperluan khas) selepas 3 tahun persekolahan. Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan. Diselaraskan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum. Usaha penambahbaikan kepada program sedia ada di sekolah rendah (KIA2M & PROTIM). Merupakan usaha bersepadu menangani masalah penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi untuk murid normal Tahun 1, 2 dan 3. Dinamakan Program Literasi dan Numerasi (Program LINUS) Tahap 1.
RASIONAL
Pelbagai program telah dijalankan tetapi masih terdapat murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. KIA2M (2006) memfokuskan kepada Tahun 1 sahaja. Tahun 2 dan 3 dibawah kendalian guru pemulihan
PROTIM memfokuskan pada Tahap 2 yang dirasakan terlalu lewat dalam usaha memulihkan kemahiran literasi dan numerasi.
Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1. Kumpulan gagal menguasai masalah ini berisiko keciciran dan menghadapi kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
DEFINISI KONSEP
Definisi Numerasi

“kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian”


NUMERASITAHUN 1TAHUN 2TAHUN 3
Nombor BulatMembaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 50Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 100Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000
Operasi AsasMenyatakan
fakta asas tambah dan tolak
Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak. Darab (2, 5 dan 10) dan bahagi (2, 5 dan 10)
Menyatakan
fakta asas tambah dan tolak. Darab (3,4,6,7, 8 dan 9) dan bahagi (3,4,6,7, 8 dan 9)



DEFINISI KONSEP

 Definisi Literasi
“kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’) serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian”


LITERASITAHAP 1

Membaca dan menulis

Menguasai dan memahami minimum
1000 patah perkataan mudah

Membaca, menullis dan memahami
ayat tunggal

Membaca, menullis dan memahami
ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’)

Membaca, menullis dan memahami
ayat tunggal dan ayat majmuk (menggunakan kata hubung ‘dan’) dalam perenggan



DEFINISI KONSEP


NUMERASITAHUN 1TAHUN 2TAHUN 3
AplikasiMengenal mata wang Malaysia
hingga RM10
Mengenal mata wang Malaysia
hingga RM100
Mengenal mata wang Malaysia
hingga RM1000
Menyatakan bahagian dalam sehariMenyatakan waktu dalam jam pada muka jam
analog
Menyatakan waktu dalam jam dan minit pada muka jam analog
Mengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit relatifMengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betulMengukur dan menyatakan ukur panjang objek dalam unit yang betul (cm sahaja)



MATLAMAT
“Memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi menjelang 2012 kecuali murid berkeperluan khas”

 
OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN LITERASI

 Pada akhir Program Pencapaian Literasi murid akan dapat :

i. mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup;
ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata
tertutup;dan
iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah. dengan menggunakan kata
hubung ‘dan’.
OBJEKTIF PROGRAM PENCAPAIAN NUMERASI

Pada akhir Program Pencapaian Numerasi murid akan dapat :

i. membaca, menulis membilang dan menyusun nombor
hingga 1000;
ii. membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula dari sebarang nombor;
iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi;
iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang,menyatakan waktu dan mengukur dalam sentimeter.

KUMPULAN SASAR
 
Murid Tahap 1 yang berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
STRATEGI PELAKSANAAN

Status

Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Jadual Waktu

Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada . Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.

Penentuan Murid

Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya.

Ujian LINUS Saringan 2 diadakan dalam bulan Julai manakala 


Ujian LINUS Saringan 3 akan diadakan pada bulan Oktober.

Guru
Terdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan. Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid). Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani masalah ini.

Kemudahan

Pihak sekolah memberi guru pendamping bagi memudahkan bimbingan individu.
Komputer dan LCD perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam P&P.

Penyeliaan dan Pemantauan

Penyeliaan dan pencerapan akan dilaksanakan di beberapa sekolah terpilih melibatkan pegawai Bahagian KPM, pegawai JPN dan pegawai PPD, GB dan GPK1 perlu menyelia kelas literasi dan numerasi ini. Sistem pelaporan bagi memantau rekod pencapaian murid akan dibangunkan. Pelaporan dibuat setiap 3 bulan.

KANDUNGAN PROGRAM

Menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalam menentukan skop kandungan P&P bagi murid yang mengikuti program ini.

Skop Modul Literasi
Bermula dengan pengenalan abjad, suku kata sehinggalah ayat majmuk yang mudah.


Skop Modul Numerasi
Merangkumi aspek nombor dari sifar hingga 1000, yang melibatkan operasi tambah,tolak, darab dan bahagi di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan wang sehingga RM100.

Bahan dan Instrumen LINUS

Menggunakan modul P&P asas literasi dan numerasi yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid. Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan berkesan.  Instrumen penilaian akan dibina dan diguna pakai untuk pentaksiran formatif dan sumatif.

PELAPORAN

Pengumpulan data ujian akan dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.


PENUTUP
Program ini merupakan usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak diharapkan agar matlamat program ini akan tercapai sesuai dengan sasaran NKRA.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...