Peranan FasiLINUS
1. Memastikan segala maklumat berkaitan program LINUS sampai ke peringkat pelaksanaan di sekolah
• Taklimat
• Edaran maklumat
• E-mail
• Sistem pesanan ringkas berpusat (SMS)
2. Menjalankan dan menyelaraskan latihan on-site bagi guru LINUS
• Micro Teaching dalam kalangan guru-guru LINUS
(Dilaksanakan di peringkat sekolah / dikelompokkan mengikut zon)
• Bengkel modul LINUS dilaksanakan secara bersiri
(Meningkatkan penguasaan guru LINUS terhadap sesuatu modul)
• Membina bahan bantu mengajar untuk guna sama
(Meningkatkan inovasi dan kreativiti serta kepelbagaian BBM)
3. Membantu pihak sekolah secara langsung dalam merangka tindakan susulan berdasarkan masalah yang dikenal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran
• Perbincangan bersama guru LINUS
• Menentukan pendekatan atau penggunaan modul yang bersesuaian
untuk murid yang telah dikenal pasti
4. Memberi kerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
5. Membimbing dan memantau pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran LINUS di sekolah
• FasiLINUS akan bersama-sama dengan guru semasa proses
• FasiLINUS akan bersama-sama dengan guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam kelas.
6. Memantau Pelaksanaan LINUS
• Sistem Fail
• Data Murid LINUS
• Bahan Bantu Mengajar
• Pengajaran dan Pembelajaran
7. Memberi Motivasi dan Sokongan. Mengumpul dan Menganalisis Data
• Keputusan Saringan 1, 2 dan 3
• Data guru LINUS
9.Bekerjasama dengan guru pemulihan khas untuk membantu murid yang dikategorikan sebagai murid LINUS Tegar.
10. Mengesan sejauh mana sekolah dapat mengurus pelaksanaan program
LINUS.
11. Membantu pihak sekolah menyediakan pelan tindakan program LINUS.
12. Menilai keberkesanan program LINUS terhadap pembelajaran murid.
13. Seorang FasiLINUS bertanggungjawab terhadap 30 buah sekolah di
daerahnya.
14. Menetapkan sasaran pengurangan bilangan murid LINUS selepas setiap saringan di sesebuah sekolah.
Peranan Guru LINUS
1. Mengikuti kursus LINUS.
2. Melaksanakan kursus dalaman kepada semua guru.
3. Melaksanakan Saringan 1, 2 dan 3 bagi Lisan dan Tulisan.
4. Mengumpul data dan mengenal pasti murid LINUS.
5. Mentadbir kelas dengan baik.
6. Sentiasa mengadakan perbincangan dengan FasiLINUS.
7. Menfailkan data.
8. Sentiasa mendalami kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
Peranan Guru Matematik
1. Mengikuti kursus dalaman LINUS
Dikendalikan oleh guru LINUS (Penyelaras LINUS Sekolah)
2. Membantu melaksanakan dan menyelaraskan Saringan 1 dan 4 pada
bulan Mac.
3. Mengenal pasti murid-murid LINUS yang tercicir dalam arus perdana.
4. Membantu guru LINUS secara langsung dan tidak langsung dalam
penyediaan bahan bantu mengajar untuk murid LINUS.
5. Membantu guru LINUS untuk mengenalpasti murid LINUS tegar.
6. Merancang jadual waktu untuk murid LINUS tegar.
7. Mengajar murid LINUS Tegar (dengan kejasama Guru Pemulihan).
8. Menjalankan Ujian Diagnostik untuk murid LINUS Tegar.
Peranan Pentadbir Sekolah
1. Mengenal pasti dan melantik guru LINUS
2. Membentuk Jawatankuasa Kerja di sekolah
3. Melantik AJK Kerja LINUS (Surat Lantikan)
4. Menyediakan fail
a) Fail Induk
- Carta Organisasi
- Ahli Jawatankuasa
- Minit Curai
- Laporan
- Minit Mesyuarat
- Carta Proses Kerja
b) Fail Keputusan Saringan
- Analisa Keputusan Saringan
- Borang Skor Individu murid LINUS
c) Fail Maklumat Peribadi murid LINUS
5. Membuat perancangan tahunan
6. Menghantar analisis keputusan saringan pada akhir bulan Mac, Jun dan
September kepada PPD
7. Memantau pelaksanaan program LINUS di sekolah sendiri dan
menjalankan tindakan susulan
8. Memberi motivasi kepada guru LINUS
9. Bekerjasama dengan erat antara pentadbir dan ibubapa / PIBG
Peringkat sekolah
Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Ketua Panitia
Menjalankan pemantauan pelaksanaan LINUS, pentadbiran kelas, proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Pihak lain yang bertanggungjawab tentang Program LINUS
1. Jabatan Pelajaran Negeri
2. Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Jemaah Nazir
Tiada ulasan:
Catat Ulasan