CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 6 Ogos 2011

Pengalaman mematangkan seseorang......

Assalammualaikum......
Rupa-rupanya tidaklah begitu susah untuk membuat blog....  ( Kata-kata dalam hati itupun bila dah tau cara-caranya dan berjam-jam ngadap laptop ni..) Cuma perlukan kesabaran... Ini bukanlah percubaan pertama saya cuba untuk hasilkan blog sendiri.... Mula-mula tu amatlah rumit dan terkial-kial.....cuba klik sana... klik sini...

Saya berminat dan tergerak hati nak buat blog ni pun setelah melihat anak murid saya sudah mempunyai blog masing-masing... Terdetik di hati ini.... "agaknya senang saja kot,anak murid yang berumur 12 tahun pun boleh buat...tak kan pula cikgunya tak boleh... cubalah...." memandangkan hari ni memang tak lakukan apa2 kerja....... setelah berjam-jam ngadap laptop...... akhirnya inilah hasilnya......

Masih banyak lagi kekurangannya dan banyak lagi yang perlu dibaiki... Insyaallah saya akan tambah baikkan lagi blog ini supaya kewujudannya memberikan informasi yang berguna dan manfaat kepada semua....... Sekarang ni sedang cuba nak masukkan widget seperti kelendar, jam dan generator...... "Adoyaiiii.... rumit juga yaa......"  Nampak macam senang je.....=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...